Huanying..................

hey!!!! hows its going????

Tuesday, December 11, 2012




seorang lelaki   mahukan seorang isteri yang pandai memasak, pandai menjahit dan cantik tapi bagi seorang wanita, mereka hanya mahukn seorang suami yang bertanggungjwab dan setia.... 

Saturday, December 8, 2012

 


tudung labuhku...

setulus bicara
Meluahkan rasa
Sehelai tudung labuh
Seindah hijab menjadi plilihanku


Suatu ketika dahulu
Diri hanya  insan biasa
Gadis yang hanya berpesonaliti biasa
Namun Hidayah-Nya


Hadir tanda kasihNya
Tudung labuh menyentuh fitrah
Membuatkan aku jatuh cinta
Pada hijab yang sempurna..


Tudung labuh sangat bermakna
Menjadi penghormatan pada diriku sebagai seorang wanita
Aku berubah bukan kerana ingin mendapat gelaran ustazah
Namun tanda cinta pada Illahi yang memberi perintah


Untuk kaum hawa menjaga aurat dengan sebaiknya
kerana itulah yang terindah dan berharga


Kadang kala
Aku kecewa
Pada sikap segelintir manusia
Hanya pandai menyindir tanpa usul periksa


Sangat susah untuk mendidik hati supaya lebih sabar dan redha
Namun ku kuatkan semangat untuk tidak berputus asa
Istiqamah dalam menjaga aurat demi keranaNya



Ya Allah.... Ya Tuhanku
Janganlah kau bolak-balikkan hatiku
Setelah Engkau memberiku Hidayah-Mu
Tetapkanlah hati ini dalam meneruskan perjuangan rasul-Mu
Dan Engkau kuatkan diri dalam mujadah nafsu
Moga Engkau redha atas segala laku....

Wednesday, October 31, 2012

Untuk Mu..

sudah takdir begitu (samudera)

hidup ibarat didalam sangkar
mata terlepas batinku tersiksa
rindu membara dan kian membakar
dipinggir hati yang sengsara
masihkah dapat aku hiaskan
cintamu itu ditaman hatiku
kepada Tuhan kuterus berdoa
agar kembali ketenangan
walaupun kusedari hebatnya dugaan
namun hatiku menaruh harapan
seringkali ku terasa inginnya kuulangi
saat yang indah bersama dirimu 
kasih yang bersarang dihati
wangi bagai harum kasturi
seandainya takdir mengizinkan relanya
aku menyambung semula
ikatan yang telah putus dulu
bukan niat kita untuk berpisah
tetapi keadaan yang memaksa
lalu kitapun masih terus saling merindu
kerana sudah takdirNya begitu
hidup ibarat didalam sangkar
mata terlepas batinku tersiksa
rindu membara dan kian membakar
dipinggir hati yang sengsara

Wednesday, August 29, 2012




kenapa???
si Hawa sering menjd mangsa?
di fitnah di hina di cerca
di rgol di rgut di seksa di dera 
seakan tiada batas hentinya

dimana silap dimana salahnya
adkah si Hawa menjd punca?
terllu mudah mengtakan ya
pada pjuk rayu sang buaya

memang tabiat sang buaya 
licik dan bijak mencari mangsa 
janji di hambur tiada batsnya
akhirnya si Hawa terkulai tak bernyawa

si Hawa di cipta indah mempesona
lenggang lenggok mengetar jiwa 
si Hawa di jdkan sebagai senjata
melumpuhkan mangsa lemah imannya

memang begitu lumrahnya dunia
tak kira Adam tak kira Hawa
ingin masyhur seantero dunia 
walau agama jadi korban

arak di tuang aurat di buka
zina jadi amalan tiada salah
dadah di ambil amlan biasa
melepak merempit jadi kebanggaannya

bila  mahkota di musnah buaya
menangis si Hawa meronta- ronta
sesali nasib yang menimpa
namun sesalan tiada gunanya

wahai makhluk bergelar Hawa
pagari dirimu dengan iman di dada
usah terpedaya kemiskinan dunia 
agar hidupmu bahagia selamanya...... ;-)